Isnin, 3 Jun 2013



LUAHAN  HATY SEORG WANITA


Assalamualaikum…………

Dengan nama Allah yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat ku tahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Allah buatku.

Sudah lama rasanya aku tidak update blog kesayanganku ini. Bukan kesibukan yang menjadi penghalang, tetapi mungkin minda asyik berehat dari memikirkan sesuatu untuk dikongsikan. Hampir sebulan sudah berehat tenang dari medan ilmu ini., terasa rugi pula apabila membiarkan sehari itu berlalu, tanpa sebarang aktiviti di rumah.. kebarangkalian saat seperti ini, mungkin tak akan datang lagi.

Indahnya ketenangan yang dicari, saat itu impian-impian mula terukir.. bertahun sudah memerah otak dengan sesuatu yang sudah sebati dalam diri, akhirnya pelbagai impian telah terukir, mungkin ku sudah mula merasa akan dewasa atau sudah dewasa. Dan kedewasaan yang datang mengukir pelbagai cita-cita yang indah lagi manis. cita-cita yang tiada pasti tertunai atau tidak, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha , berdoa dan bertawakal pd Allah s.w.t.. dan yakin segalanya yang terbaik telah Allah aturan utntuk kita, Insya'Allah...

Buat kekasihSaat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.

Kekasih…..Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Allah dan Rasulnya, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Allah benar-­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Allah Azzawajalla di hari kemudian.

Kekasih.Tiadalah sebaik kata-­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon padanya semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya pada Nyalah aku berharap.

Kekasih.Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.



Jauh sudah langkahku
Bersama sepi mengiringiku
Sendiri disini  tanpamu
Meniti waktu yang tak berpihak padaku
Saat sepiku merindukanmu
Kala sendiri mengharap kehadiranmu
Saat bahagia ku ingin berbagi bahagia dgn mu
Kala sedih ku ingin kau memelukku
Inilah rinduku padamu
Cintaku tulus untuk mu
sungguh ku merindukn saat indah bersamamu.

LUAHAN HATI JIWAKU FOON 


LUAHAN HATY

Awak,
Maafkan saya..
Kerana saya dah mula menyayangi awak..
Maafkan saya..
Kerana saya dah mula merindui awak..
Maafkan saya..
kerana saya dah mula menyintai awak..
Dan...
maafkan saya atas semua 'Permulaan 'ini.